Ahaa... hari ni aku nak kongsi sikit sebanyak info yg aku tahu tentang penjagaan si manja korang, bagi yg bela dan sayangkan kucing... bermula dari kebersihannya, pemakanannya, tempat tidur dan yg berkaitan dengan simanja...
1. Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, nanti dia ketar kalau guna air sejuk, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air, kalau korang guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar muka korang...hehe...
Tahap kepanasan air tu biarlah suam-suam kuku, agak2 la si manja tak sejuk dan tak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... korang perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga...
Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar korang lapkan dengan air yg melekat di tapak tangan...
Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja... gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati dan cukup mesra(macam kuih,haha) sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan nyah dari badan si comel...
Setelah itu, bilas kembali dgn air suam hinggalah buih2 syampu itu hilang...cuci hidung dan taik mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya)...keringkan si comel anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lap2 seluruh tubuhnya...
Haaa, bagi kucing yg berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin(yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya, korang perlulah menggunakan 'hair dryer' untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika korang biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka...
Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna 'hair dryer' jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takot, korang jemur je la tgh panas, hehe... depa memang suka berjemur lepas mandi, insya ALLAH kucing2 berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit...
Begitu juga dengan kucing jenis American Curl, Siamese, Bengal, Marble, British Short Hair, Exotic dan yg sewaktu dengannya yg berbulu pendek, korang boleh guna 'hair dryer', tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dgn kucing yg berbulu panjang...
Sicomel berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu2 mati yg melekat di badannya dgn menggunakan sikat yg khas untuk kucing...
2. Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga berdarah...
Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel...
Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta minyak yg lembut contohnya 'baby johnson' sekurang-kurangnya seminggu sekali, kalau korang nak guna kapas pon boleh, terpulang pada citarasa memasing, hehe...
Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari...
3. Jika si comel korang kelihatan asyik menggaru-garu badannya, itu bermakna ia dijangkiti kutu, maka korang disyorkan membeli ubat kutu berjenama Frontline Spot On, ada dua jenis, satu jenis spray dan satu lagi jenis picit atas belakang tengkuk si comel...mende alah ni boleh bertahan selama 3 bulan dgn kehendak ALLAH...
4. Si comel yg dibiarkan bebas diluar rumah lebih tinggi potensinya untuk mendapat cacing di dalam badan, bagi mereka yg melepaskan si comel berjalan-jalan di luar rumah, seeloknya korang bagi ia makan ubat cacing yg ade dijual di klinik veterinar atau mana2 'petshop' setiap 3 bulan sekali...
Dan bagi yg mengurung si comel di dalam rumah, hendaklah diberi ubat cacing setiap 6 bulan sekali...satu pesan aku, kurung si comel hanya di dalam rumah, bukan di dalam sangkar, jgn jadi manusia yg kejam, mereka juga punya hak kebebasan, jangan kejam terhadap makhluk ALLAH, bukan makhluk kita...hak ALLAH, bukan hak kita...huhu
5. Untuk pemakanan si comel pula, korang tolooonglah jangan sekali kali terpengaruh dengan iklan TV, cakap Frieskies bagus, bulu cantik, bersinar or what so ever, cakap whiskas bagus, sihat, lincah, cantik or what so ever... sudah! sudah! sudah!
Bukan masanye untuk terpengaruh dengan TV lagi, kalau tak caye cakap aku, boleh jumpa doktor veterinar sendiri, tanye depa tentang pemakanan sihat untuk kucing... untuk pengetahuan korang, semua jenama makanan kucing dari Malaysia (Frieskies, whiskas, smartheart dll) adalah sampah, ia tak lebih melainkan sebagai 'junk food' kepada si comel korang...
Oh, ada satu je yg agak elok jenama dari Malaysia iaitu VetMaster kerana ia dibuat oleh seorang doktor haiwan yg sgt berpengalaman di KL ni... itu pun dalam kategori 'Low Premium Food', kita sepatotnya menyediakan makanan 'Premium Food or Super Premium Food'...
Aku bagi contoh, 'Super Premium Food' adalah Orijen dan Innova Evo... dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%... namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yg berprotein tinggi dgn jayanya, hehe...
Takderlah, maksud aku, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka korang kenelah campur dengan 'Premium atau Low Premium Food' bersama sama makanan 'Super Premium Food' tersebut untuk balance kan supaya ia menghasilkan poo poo yg keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si manja)...
Bagi 'Premium Food' pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams(boikot), Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya... korang boleh pilih either one... kenapa boikot makanan kucing berjenama malaysia?
Kerana ianya 'full of preservative, chemical substance', banyak menggunakan bahan kimia, contoh pengawet, perasa dan pewarna, malah ia juga berasa masin(tak caye, try rasa :p) yg mana boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang pada si comel korang, tak pecaye, tanye pakar vet, hehe...
Walau bagaimanapun, makanan yg terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu 'Bone And Raw Food', ya...tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis omputih, yg mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor...
Satu lagi, jangan sesekali bagi kucing makan nasik dan makanan manusia, kerana pencernaan si comel tidak sama dengan manusia, semua makanan ini even sayur sayuran adalah tidak elok untuk kucing kerana ALLAH tak cipta sistem penghadaman si comel same seperti manusia...
Kucing aku dulu pun suke makan nasik dan makanan manusia, aku selalu bagi, mane taw perkara ni, huhu...patot la kucing2 aku pendek umur nak dibandingkan dgn kucing jiran aku yg hanya makan 'kibbles'... tapi semua tu sebagai asbab jer, ajal maut tu di tangan TUHAN...
6. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu bilik bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera, kalau dalam bilik pon tak boleh, dalam sangkar apetah lagi...
Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon kerana nak jaga keselamatan lah, nak itu, nak ini... ingat, niat tak menghalalkan cara...
Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain...(kucing haiwan yg aktif dan suka bermain) huhu...
Jangan jadi khalifah ALLAH jika tak reti nak bela dan jaga haiwan dgn kasih sayang, bukan dengan kekejaman, kalau alasan ibu bapa marah kurung dalam rumah, haaa, jangan bela... biarkan ia bebas kerana ia juga punya hak kebebasan, dia milik ALLAH, bukan milik kita...
Sediakan ruang yg besar, bersih dan selesa untuk si comel tidur, main dan sebagainya, jadilah khalifah ALLAH di atas muka bumiNYA, bukan perosak dan pengkhianat kepada makhluk ciptaan ALLAH, ohhh...aku terlalu emosional, hehehe...
p/s: Cat is Family, Not Pet...
15 July 2009
Tip-Tip Penjagaan Si Comel...
12 July 2009
7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Wujudnya TUHAN
Got this from emel, jazakaLLAH to the sender...
Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948
Kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.
Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.
Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.
Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.
Pertama: Dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana.
Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali...
Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100
Dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6, 7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.
Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam.
Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.
Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan.
Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.
Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu.
Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari,
Seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati.
Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud.
Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua.
Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.
Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya.
Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.
Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,
Artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.
Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,
Menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari.
Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil.
Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya.
Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.
Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?
Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya:
Akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?
Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi.
Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia,
Dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati.
Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal,
Menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.
Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?
Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu.
Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra.
Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.
Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen.
Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia.
Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi.
Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?.
Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung,
Hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?
Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana.
Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.
Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang.
Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia.
Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.
Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka.
Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!
Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.
Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan.
Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan TUHAN dan ciptaanNYA.
PM rai 200,000 jemaah tabligh
NAJIB Tun Razak berucap di hadapan para jemaah tabligh selepas solat asar di Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai, Negeri Sembilan, semalam. - MINGGUAN/MD. Shahjehan maamin
NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.
Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.
''Saya mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam ke negara ini untuk ijtimak kali ini."
''Saya berharap semoga Allah SWT memberikan rahmat dan memberkati kita semua serta menjadikan kita ummah yang berjaya," kata beliau ketika berucap di hadapan ribuan jemaah selepas selesai mengerjakan solat asar di bawah khemah yang disediakan.
Najib kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum dibawa masuk ke khemah tetamu untuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pemimpin tabligh serta ahli Syura' Malaysia .
Pertemuan pemimpin tabligh itu bersama Perdana Menteri berlangsung secara tertutup selama 20 minit dalam khemah berkenaan.
Najib kemudiannya meninggalkan lokasi ijtimak kira-kira pukul 6 petang.
Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang berakhir esok menghimpunkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara merupakan kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu.
Kali pertama ia diadakan di negara ini ialah di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.
Berdasarkan laporan sekretariat, sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 negara termasuk Indonesia, Senegal, Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Nigeria, Jerman, Belanda dan Hong Kong sudah 'berkampung' di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.
Ijtimak yang berakhir esok turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi itu.
Terdapat 14 buah khemah gergasi didirikan di kawasan itu termasuk satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara dengan setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.
30 June 2009
Siapa Lelaki Dayus....???
<<
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin....
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ?
Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar..
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya .
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
WaLLAHu a'lam...
p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.
29 June 2009
Monolog Dunia....
Kata orang, hidup umpama roda... kadang di atas...dan kadang pula di bawah... adakah hidup manusia yg sentiasa dibawah? atau adakah pula hidup manusia yg sentiasa di atas? hurmm... aku sendiri terkeliru....
Kata orang, jika mulanya kita mengubah diri, kemudian mengubah keluarga, jiran tetangga serta rakan dan taulan, dan mungkin juga kita bisa mengubah dunia... siapa tahu?... bukankah hidayah itu milikNYA yg mutlak? yg hakiki? oh oh oh dan oh....
Kata orang, hanya jauhari yg mengenal manikam, sudahnya...manikam tidak mengenali jauhari? eh...ape yg aku pusingkan? kalau begitu, adakah hamba mengenal TUANnya? TUANnya sudah tentu mengenal hambaNYA... ohhh... otakku makin rancak berdansa....
Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa... bukankah dari mulut itu banyak celanya? lebih baik berdiam diri dari berbicara yg kosong, bisa membawa dosa ke neraka... oh, seram sejuk aku mendengar perkataan "ne-ra-ka"....
Kata orang, hidup di dunia ini pentas lakonan, seluruh hidup sudah dicatur oleh Penulis Skrip, merangkap Pengarah Filem... Kadang ade yg dikesalkan, ada juga yg tak kesal2... Taubat? nantiiii.... aku belom mau matiiii....
Kata orang, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... bagaimana kerana nila tak akan rosak susu sebelanga? ade yg indah rupa dari khabar, tiada yg buruk khabar dari rupa... ermm... pusing betol dunia ini... rumit dgn telahan itu dan ini.... aku aku, dan kau kau....
Kata orang... orang-orang sentiasa berkata kata kita kitu kini, itu dan ini... akal sentiasa berputar, diari semalam belom tentu bertulis, biarlah... kata la selagi boleh berkata-kata... yg baik dicedok, yg buruk dituang umpama mencurah air ke daun keladi...
Yg pasti, dunia semakin tua...
Siapa yg dipandang?
Bangsa? agama? pangkat?
Harta? rupa? atau.....???
(isi tempat kosong)
Selembut bayu menyapu di wajah...
Kasih dan sayang tiada bernoktah...
Hakikat cinta bersemi dijiwa....
Indah selubung hijab terbina...
Seindah pawana meghiasi maya...
Bunga yang mekar jangan kelayuan...
Harum semerbak bisanya kasturi...
Menghirup secangkir madu ilusi...
Dalam syahdu beralun rindu...
Sayu irama tiada nan lagu...
12 June 2009
Hadiah Untuk Kereta Pertamaku...
Aku ade terbaca satu iklan di internet, tentang sejenis pencuci enjin kereta yg mampu mengembalikan enjin hampir ke tahap asal... mulanya aku pon mcm org lain, nak percaya taknak percaya, lepas aku baca segala penerangan dan testimoni2 pengguna, aku pikir, semua tu boleh dibuat buat...
Hinggalah satu hari tuh, hati aku tergerak sangat nak try produk ni kat kete kancil lama aku yg berusia 14 tahun... dah tentu kuasa enjin kete aku tak sehebat seperti kereta2 baru... al-maklomlah, dah diguna selama 14tahun ni, segala jenis mcm karbon dah melekat dan mengotori enjin kereta aku...
Last2 aku decide untuk mencuba, menurut syarat2 dia, jika mileage sesebuah kereta melebihi 100k kilometer, kenelah pakai 2 botol(RM45/botol) benda alah ni untuk kesan yg bagus dan menggembirakan, hehe... aku pon semakin teruja waktu dalam proses membersih enjin ni, asap2 putih berkepul kepul keluar dari ekzos kereta aku seperti yg dikabarkan...
Semakin banyak asap putih berkepul-kepul, semakin banyak lah tandanya karbon2 yg berkerak, berdaki di dalam enjin kereta... sejurus segalanya telah siap, aku cuba test kereta... masya ALLAH, memang terasa lebih ringan dan pick up... enjin rasa smooth... shaking pon kurang, pendek kata aku rasa berbaloi dgn produk jenis cecair yg membersihkan enjin ni...
Semua dengan kehendak dan izin ALLAH, kerana ALLAH beri sifat mencuci kepada benda ni, bukan kuasa mende alah tu, tapi kuasa ALLAH... memandangkan aku dah rasa perbezaannya, aku akui keberkesanannya(dgn izin ALLAH) so aku tolong promote kepada sape2 yg terbace blog aku nih... insya ALLAH takkan menyesal mencuba... dgn kehendak ALLAH...hehe :)
Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah melayari website ni... >>>> 'Membersih Enjin Kereta Dan Mengembalikan Enjin Hampir Ke Tahap Asal' <<<<
08 June 2009
Cinta Enta Enti....
"Cinta Anta dan Anti "
oleh Maszlee Malik
(Diperolehi daripada Majalah i)
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain.
Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.
Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.
Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu.
Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.
Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam.
Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".
Cinta Remaja Dakwah.Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka.
Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang seringdibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta.
Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan.
Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".
Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik.
Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.
Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.
Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara.
Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iya'udzubillah...
Salah Faham Ukhuwwah fillah.Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.
Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".
Sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.
Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.
Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan.
Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.
Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain.
Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.
Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.
Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau.
Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan.
Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".
Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.
Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.
17 April 2009
Jalan Balik ke Kampung....
Insya ALLAH, pagi ni aku balik kampung, rindu nak berjumpa sanak sedare, especially mak aku yg dah tak sabar2 menunggu kepulangan anak kesayangannye ni, hehehe (jangan jeles along, angah dan adikku..) terimalah hakikat kehidupan yek...haha (alamak, terlebih ketawa...)
Benarlah hidup di kampung itu jauh lebih baik dari hidup di bandar, seperti sunnah Baginda saw... suasana yg aman damai, tenang dan tenteram... mane kan dapat di bandar kotaraya besar nih, tension ader la...bingit telinga dgn kenderaan dan macam2... kalo ade pon ketenangan, bile masuk masjid2, surau2 dan musolla2 rumah ALLAH...huhu
Pencemaran 'pandangan' toksah cakap la... sane sini dedah.. isk2 ape nak jadi dengan bumi Malaysia Negara Islam ni...(Negara Islam??? ngeee)... aku ade terbace satu kisah... kisah anak paderi yg memeluk islam...
Dari kisahnye tu, die bercerita, betapa mereka tentera2 kristian datang ke rumah perkampungan(golongan susah) bawak duit, pakaian, ubat-ubatan dan macam2... dan yg paling buat aku tertarik adelah, mereka ini datang pintu ke pintu untuk mengajak ummat manusia memeluk agama mereka yg batil...
Sebagai ummat islam, yg punye agama yg benar disisi ALLAH, yg disebut sebut sebagai 'khayra ummatin, khayra ummatin', justeru dimana peranan kite dalam menyampaikan kebenaran agama ini? mereka sanggup bersusah payah memikul beban da'wah, dan paling menyedihkan lagi, mereka org kafir yg membawa sunnah Nabi...
Bagaimana dakwah mereka tak berjaya sedangkan mereka ikot cara Kekasih ALLAH? seperti juga kisah seorang pelawak yuyu, yakni pelawak firaun yg mengajuk perbuatan Nabi Musa, berpakaian seperti Nabi, pakai janggut palsu mcm Nabi, ikut perbuatan Nabi (Nabi Musa bercakap gagap sebab mase kecik makan bara api).
Waktu firaun dan tenteranye musnah dalam laut, tapi ALLAH selamatkan pelawak yuyu ni, waktu Nabi musa tanye pade ALLAH, "kenape selamatkan dia? dia bukan pengikutku", ALLAH berfirman, "AKU takkan menghancurkan org yg mengikut sunnahmu" (lebih kurang), maka lepas tuh pelawak ni dapat hidayah...
Org yg ikut sunnah Nabi dapat kejayaan walaupon dgn niat nak mempersenda... inikan pulak kalo ikot sunnah Nabi dgn niat yg betol.. tapi tak ramai yg nak ikot sunnah Baginda saw... bile ajak keluar cari ummat...
"mane boleh, aku banyak keje laaa..."
"anak bini aku sape nak jaga?"
"penatlah aku, dahla keje sepanjang hari,
hujung minggu nak beristirehat dgn anak bini lah pulak..."
"aku takder duit laaa..."
"wei, ko ikot mazhab mane nih?
ape dalil, nas, hadis yg ini sunnah Nabi?"
"sape ajar ko yg keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan tuh sunnah Nabi?"
"hish, nih sunnah india, bukan sunnah Nabi"
"rugila kalo aku kuar, nanti bisnes aku tak jalan,
dahla kene kuar duit, bukan masuk duit..."
"alaa...watper susah2 nak kuar, zaman skang kan moden,
dalam rumah pon ko boleh berdakwah apeee.."
Haaa..memangla boleh, berdakwah sambil duduk atas kusi empuk, dalam aircond, depan komputer, menaip kibod jer, gerak kudrat jari je sikit, tek tek tek... berdakwah kat blog...(itu bukan cara Nabi).. dan ko takkan selamanye rase jerit perih Nabi dalam menyelamatkan ummat, ko takkan selamanye rase air mata Nabi dalam caci maki dan hinaan oleh manusia... ko berdakwah dalam tenang dan senang tanpa rase susah payah Baginda! (air mata, darah dan keringat Baginda yg mulia..)
Huhu...dan banyak lagi alasan para lelaki gentleman yg mengaku islam, yang mengaku hamba ALLAH, dan yang mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH... padahal mintak datang kepada ummat pintu ke pintu jer pon, bukan mintak nyawa, bukan mintak turun berjihad kat palestin, bukan mintak darah, bukan mintak...ahhh... whateverlah...
Sekadar mintak sedikit pengorbanan, bukan seperti para sahabat yg mempertaruhkan nyawanya di medan perjuangan, mintak korbankan sikit duit ke jalan ALLAH, mintak korbankan sikit mase untuk digunakan ke jalan ALLAH... mintak korbankan sikit peluh untuk usaha di jalan ALLAH, sikit sangat pengorbanan yg dimintak...
Tapi banyak sangat alasan yg diberi... kerane tak rase beban dakwah itu wajib dipikul oleh setiap yg bergelar lelaki islam... kerana merasekan, masih ramai yg sanggup dan sudi berdakwah di jalan ini, masih ramai kalau bukan aku, aku masih ingin bersenang lenang di singgah sana, sambil makan2, menonton televisyen dgn anak bini...
Aku tak perlu ajak ummat kepada ALLAH kerana aku sendiri pon masih terumbang ambing, aku sendiri pon belom mantap ilmu agama, aku sendiri pon masih kurang buat amalan akhirat, aku sendiri pon...aahhh, dan macam2 lagilah.. bukankah kalau kite bercakap dan menyeru org kepada ALLAH, telinga yg bercakap itu yg paling dekat untuk masuk ke otak?
Sebab tuh kalau kite belajar dulu2, cikgu selalu cakap, gunakan sebanyak mungkin panca indera ketika belajar, yakni menulis, membace, melihat dan mendengar untuk teknik pembelajaran yg lebih berkesan... buat semua dalam satu masa, begitu juga ape yg kite seru dari mulut kite nih, kitelah org pertama yg paling dekat untuk sampai ke telinga...
Pendek kate, berdakwah ni bukan saje untuk org, tapi dalam mase yg same adalah untuk diri sendiri, sambil berdakwah sambil kite belajar dari percakapan dan sambil kite perbaiki mane yg tak kena, mase yg silap dalam diri kite, ramai org yg cakap tak serupa bikin, tapi dgn mengikut dan mengamalkan sunnah Nabi, insya ALLAH akan jadi asbab hidayah dari ALLAH, maka dgn itu kite jadi lebih baik dari sebelomnye...
Aku selalu tgk pemuda2 yg kurang baik, apabila diorang terjun dalam bidang dakwah ni, even diorang takde ilmu dan amal sangat, sikit demi sikit akhlak diorang berubah semakin baik, semua tuh aku percaya dgn buat dakwah adalah asbab hidayah dari ALLAH... aku percaya akan janji ALLAH...
Ustaz2, memang ramai berdakwah, tapi dakwah dgn penulisan, dgn air liur, tak sama jerit perih seperti Baginda berdakwah... berdakwah dalam aircond, atas kerusi, akhir bulan dapat gaji pulak... tak kisahla, tapi asalkan jangan tinggal cara da'wah Baginda, kejayaan manusia hanyelah dalam agama dgn mengikut telunjuk cara Baginda dan para sahabat radhiaLLAHu 'anhum..
So macamane yg dikatekan cinta kepada Baginda? sunnah Baginda tak amal pon? betol ke cinta? nak tahu ummat yg 'cakap serupa bikin', tengok mereka yg amal sunnah Nabi, begitu org yg benar2 cinta pada Baginda saw, dan cinta pada Baginda bererti cinta pada ALLAH... selain pada tu hanye bicara kosong, lembut lidahnye, manis bibirnye... perlaksanaan dan pengorbanan itu adalah tanda cinta sejati...
Oh, aku dah lambat nak balik kampunggg...(moga aku tak sesat jalan balik ke kampung sane...aminnnn...) Segala yg baik itu datangnye dari ALLAH, segala kelemahan itu ofkos la diri aku yg hina dina ni...waLLAHu a'lam....
15 April 2009
Cinta Mati Dunia?
"Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya"
Persoalannya, adakah kita suke dan rindu ingin bertemu ALLAH? aku teringat satu hadis qudsi yg berbunyi: "AKU adalah bagaimana perasaan hambaKU terhadapKU." lebih kurang maksud yg same seperti sabda Baginda tersebut, yakni kalau kite suke dan rindu nak jumpe ALLAH, begitu juga DIA, dan jika kite tidak suke dan tak ingin bertemu ALLAH, begitu juga DIA...
The problem is, DIA takpe taknak bertemu kite, tapi kite? kalau tak ingin padaNYA??? Na'uzubiLLAH...takde sape lagi yg mampu tolong kite...Jika kita rasa ALLAH memurkai kite, begitulah keadaannya dan jika kite rase ALLAH menyenangi perbuatan kite, begitu jugalah keadaannya...
Sabda Baginda saw yg berbunyi:
"Nur Islam jika masuk ke dalam hati, maka lapanglah dada." lalu Baginda ditanye, "apakah ada tandanya?" jawab Baginda saw: "Ya, menjauh tempat2 tipuan dan condong ke tempat yg kekal dan bersiap-siap menghadapi maut sebelom tibanye."
Bagaimana menghadirkan perasaan rindu dan teruja nak bertemu ALLAH? mestilah didahului dengan perasaan cinta yg membuak-buak... macam kite lah mase tengah bercinta dengan sidia, bukan ke kite selalu nak jumpe die, selalu nak dengar suare die, selalu nak tatap wajah die, kalau boleh selalu nak berkepit dgn dia... tapi kenape tidak ALLAH???
TUHAN yg lebih layak, bukan! bukan lebih layak! tapi memang satu-satunye TUHAN yg patot dicintai melebihi sekalian makhluk! sebaliknye kite lebih mabuk cinta dgn makhluk, yg tak pernah berjasa pada kite sekelumit pon (pakwe/makwe), kalau dibanding dgn mak ayah pon, mereka memang berjasa dgn kite, hinggakan even kite pikul mak mengelilingi kaabah masih tak dapat balas jasanya, inikan pula ALLAH??? jasa2 ALLAH???
Aku pernah dengar dari ustaz kisah seorang tua yg kuat beramal ibadat, sepanjang hidopnye sejak kecik hingga lah ke akhir hayatnye lebih kurang umur 60 tahun, die nih asyik beribadaaat jer kejenya, memang ta'at perintah dan larangan ALLAH, kalo bagi kite2 nih, kirenye dah kompem syurga la kan...
Lepas org tua tu mati, dan apabila ALLAH berdialog dengannye (lebih kurangla kisahnye, aku tak ingat detail satu per satu, tapi maksudnye lebih kurangla), bila ALLAH tanye org tua nih, "kau nak masuk syurga kerana amal ibadat kau kah atau kerana rahmat KU?" orang tua nih ade sikit riak dan takabbur dgn amalannye yg banyak, dan dirasakan cukup sebagai tiketnye untuk ke syurga ALLAH...
Maka jawab org tua tersebut, "wahai TUHANku, aku nak masuk syurga kerana amalan ku.." maka ALLAH hitunglah segala amalannya, dibuat banci amalan org tua tersebut selama 60 tahun, dan ditimbang dengan hanye sebijik mata org tua tuh, terus pop! lenyap la amalannye... menunjukkan betapa amalan kebaikan(wajib, sunat, sunnah, tinggalkan maksiat dan larangan ALLAH) semua tuh hanye boleh terhapus dgn sebiji mate kite...
Itu amalan selame 60 tahun, kite nih? dahla hidup 20-30 tahun, dalam 20-30 tahun pulak tuh selalu buat dosa, selalu buat yg ALLAH larang, selalu tinggal yg ALLAH suruh, betape jasa ALLAH itu even sebesar zarah pon kite takkan dapat membalasnye, walau 0.0000001%! tapi kenape kite masih sangat sanggup ingkar dgn perintah dan laranganNYA???
Bagaimana hati nak mencintai ALLAH jika perintah dan laranganNYA pon kita 'bolayan'? bagaimana nak ta'at pada ALLAH jika 'surat cintaNYA' pon kite 'bolayan'? dan bagaimana nak masuk syurga ALLAH jika sunnah dan tunjuk ajar kekasihNYA pon kite 'bolayan'?
Maka, sudah teramat tentulah perasaan rindu, syg dan perasaan teruja ingin bertemuNYA itu takkan sekali kali hadir, malah tak terlintas pon dihati kite, yg ade hanyelah cinta makhluk yg menghanyutkan, yg takkan sekali kali bawak kite kepada syurga ALLAH yg kekal abadi(tak kena cara dan jalannye)...
Bukankah RasuluLLAH telah bersabda supaya menjauhi tempat tipu daya, dan mendekati tempat yg bakal kita menetap kekal abadi? bukanlah sabda Baginda itu bermaksud supaya kite menjauhi dunia dan isinye serta mensuci diri bersuluk di dalam gua, tapi bermakna supaya kite memberatkan hal-hal akhirat melebihi hal-hal duniawi sebab dunia ini hanye sementara...
Sekali lagi, hanye sementara, yakni HANYE SEMENTARA! “Beramal lah seperti kamu akan mati esok hari dan bekerjalah seperti kamu akan hidup selamanya.”
Ramai org salah paham maksud disini, "bekerjalah seperti kamu hidup selamanye" bukanlah bermaksud supaya kite bekerja sungguh2 demi nak memenuhkan poket dan akaun bank kite untuk jangka mase hayat kite tuh, dan "beramal lah seperti kamu akan mati esok" memang bererti supaya kite beramal sungguh2 kerana bimbang tak sempat beramal, bertobat dan terlepas rahmat dariNYA.
Aku difahamkan oleh ustaz bahawa "bekerjalah seperti kamu hidup selamanye" bermaksud, "bersedang-sedang(bersederhanalah) kamu dalam bekerja di dunia ni, jangan melampau dan bersungguh-sungguh memenuhi dunia kerana kamu punyai mase yg panjang (seperti kamu hidup selamanye)..."
Dan "beramal lah seperti kamu mati esok hari" yakni buatlah amal sebanyak mungkin dan rebutlah peluang yg ade sementara ni sebelom kite mati di esok hari...sebab tuh, sesetengah org cakap, bahagikan sama rata amal dunia(kerja) dan amal(bekalan) akhirat, ustaz cakap tak boleh! mane boleh mcm tuh! (ustaz yg cakap, bukan aku naaa)
Walau ape sekalipon, akhirat adalah kampung yg kekal abadi, mane boleh disamakan dgn kehidupan dunia yg sementara, nak taknak, aku dan seluruh ummat tetap kene lebihkan soal akhirat dari dunia, hidup kat dunia ni katekan 50-60-70 tahun, tuh pon yg mati tua, bg yg mati mude? even 100 tahun sekalipon, mase itu teramatlah singkat, kecik, pendek nak dibandingkan dgn akhirat yg kekal...
Kalo belajar math pon boleh wat kire2 ni, boleh wat nisbah dan perhitungan, boleh wat banci... takkan pemikiran ummat sebegitu dangkal hingga tak tahu mane yg patot diutamakan mane yg patot didahulukan, mane yg patot dibelakangkan, mane yg patot dikemudiankan?
Tapi asbab terhijabnye, ade dinding dari mendapat hidayah ALLAH, dan jika ALLAH tak campakkan kefahaman ni dalam hati ummat, begitulah yg terjadi hari ni, berbondong bondong ummat mengejar dunia...kerane ape? kerane tiadanye keinginan kepada Agama, tiadanye keinginan kepada ALLAH...
Aku pernah terbace, bahawa sesiapa yg inginkan kebaikan, maka ALLAH akan campakkan kefahaman agama kepadanya, tapi aku tak tau dari mane sumber ni, jika sape2 yg tau tolonglah bagitau aku yg jahil dan pelupe nih...
Ape tanda nye kite cintakan ALLAH? Setahu aku la, tanda mencintai ALLAH adalah bangun tahajjud setiap malam (qiamullail)... kerane ape? kerane ALLAH nyatakan dalam hadis qudsiNYA yg berbunyi lebih kurang:
"Manusia yg mencintai AKU akan bangun bermunajat di sepertiga malam, meluahkan perasaan kasih dan berbicara hati ke hati denganKU, jika mereka mengatakan cinta padaKU tapi tidak mencari waktu bersamaku di tengah malam ketika org lain nyenyak tidur, dusta belaka. bukankah org yg bercinta ingin mencari waktu yg sunyi, malam gelap gelita untuk meluahkan rase kasih dan syg berbisik bisik kepada sang kekasihnya?"
Orang yg bangun bermunajat itulah yg ALLAH pandang sebagai kekasihNYA, yg mencari waktu yg sunyi meluahkan perasaan padaNYA, seperti kata Hamka, "Cinta itu adalah Pengorbanan", jadi ALLAH nak tengok kesungguhan kite dalam menyintaiNYA, sanggup ke bangun malam yg mane biasanye sgt susah untuk dikerjakan oleh org2 biasa dan lemah imannye. ni baru pengorbanan yg kecik(korbankan tido), pooonnn susah! (kate kat aku snirik..isk3..istighfar2)
Macam jugak student2 yg korbankan tido semata mata untuk menelaah pelajaran untuk berjaya, so kalau nk berjaya kat akhirat pon same, kene jugak korbankan tido dan segala mcm korban lagi(datanglah pada ALLAH baik siang atau mlm, pagi atau ptg, susah atau senang)... student2 ni belajar sungguh2, sebab tahu hari peperiksaan nanti akan datang jugak, tapi kite ni, yg tak tahu bile "hari peperiksaan" boleh pulak buat amalan main2...
Sambil goyang2 kaki... Ntah esok ke, luse ke, minggu depan ke, bulan depan ke, taun depan ke... belom tahu bila ajal menjemput... ingat firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 64 yg berbunyik:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui"
Kesimpulannye, udah2 la nak bergaya(lelaki) dan bersolek(wanita) di dunia sementara ni, tak gune berlawa lawa, akhirat nanti kene lekang lekung jugak, takder maknanye.. better tumpukan perhatian pada perintah dan larangan ALLAH, penampilan cukup sekadar bersih dan kemas, tidak selekeh.. (eh, ade kene mengena ke?)
Dunia bukanlah tempat untuk melawa lawa dan bergelak ketawa, namun dunia sepatotnye tempat bermuram durja(sepatotnye), kerana kite tak tahu untung rugi(hanye sebagai kiasan) nasib kite di akhirat kelak.. tinggalkan perkara sia2 yg tak bawak pada kejayaan di akhirat, dan perbanyakkan amal yg membawa kejayaan kepada kite di akhirat kelak...
Kenape? kerane RasuluLLAH saw yg DIJAMIN SYURGA pon ketawa hanye dengan senyum, RasuluLLAH yg maksum dan SUCI DARI DOSA pon ketawa hanye dgn senyum, so kite yg belom tentu syurga neraka, yg penuh dgn dosa sepatotnye lah bermuram durja, hari2 seperti didalam rumah ALLAH...
waLLAHu a'lam...
10 April 2009
Beres Imannya...
AlhamduliLLAH... setelah 7 hari alami kelumpuhan sementara, aku dapat belajar pengalaman dan perasaan orang yang lumpuh ni, dan selama lebih kurang 5 hari aku terpaksa solat duduk sambil menahan sakit, at least tak sesakit ketika berdiri, memang kaki takleh jejak langsung, memang ALLAH tarik kudrat untuk berdiri tu, yg aku rase cumalah tulang yg mencucuk cucuk daging mentah aku...uhuhu... (sedaaappp...nak cuba?)
Walau ape pon, hari ke 5 aku dah bleh jalan walaupon masih sakit sikit2... segala puji bagi ALLAH yg telah menyembuhkan aku.... baru tahu nikmatnye kaki.... heh, manusia kalau tak diberi peringatan memang tak ingat (kata kat aku snirik)... isk2...
Waktu sakit aku lebih banyak mengingati ALLAH... aku teringat satu hadis Qudsi yang berbunyi...
"Sesetengah orang tidak beres imannya kecuali ia jatuh sakit,
Sesetengah orang tidak beres imannya kecuali ia sihat,
Sesetengah orang tidak beres imannya kecuali ia senang,
Sesetengah orang tidak beres imannya kecuali ia susah"
Lebih kurang la bunyiknyer...so, dalam kategori manakah aku? ohh, aku nak masuk kategori... "sesetengah orang sentiasa beres imannye walau dalam keadaan senang atau susah, sihat atau sakit"... heh, tapi memang bukan senang nak dapat iman tahap ni...
Hadis Qudis tu menjelaskan tentang ingatan dan pergantungan kite terhadap ALLAH...
Waktu mane kite akan ingat dan memohon pada ALLAH... kat situ ada 4 kategori..
Kategori pertama: manusia yg lalai dari mengingati ALLAH jika ia sihat, lupe memohon dan mengadu pada ALLAH, tapi akan ingat dan berdoa, berbicara hati ke hati hanye ketike ia sakit... asal sakit jer baru nak cari TUHAN...baru sedar diri tuh lemah dan memerlukan... (macam akulah ni, isk2 astaghfiruLLAH...)
Kategori kedua: manusia yg lalai dari mengingati ALLAH waktu sakitnye, hanye ingat pada ALLAH jika ia sentiasa diberi sihat yg panjang, kenape? bile ia sihat maka ia rase bersyukur kerana ALLAH tak tarik nikmat sihatnye, bile ia sakit, ia kufur dan sibuk melayan kesakitannye serta tidak redha dgn ketentuan ALLAH...(mengeluh and etc...)
Kategori ketiga: manusia yg lalai jika ia dalam kesulitan, kesusahan dan kemiskinan, hanya ingat pada ALLAH jika ALLAH bagi ia kesenangan dan kemewahan hidup, bila ALLAH ujinya dgn kesusahan, ia kufur dan tidak redha dgn kesusahan yg ditanggungnya...
Kategori keempat: manusia yg lalai apabila ALLAH uji dengan harta kekayaan, ia lupe pada ALLAH, lupe pada org2 susah, anak2 yatim yg perlukan bantuan... tapi ia hanye mengingati ALLAH apabila ALLAH tarik nikmat kemewahannya, barulah dia mengadap tikar sejadah dan menadah tangan memuji, memohon dan mengadu nasib pada ALLAH...
Dan sesungguhnye kite tak mau semua kategori ini, kite nak masuk golongan RasuluLLAH dan para sahabat radhiaLLAHu 'anhum yg mane mereka sentiasa ingat pada ALLAH, sentiasa bersyukur walau dlm ape jua keadaan, sentiasa menangis dan mengadu pada ALLAH tak kire mase, tempat dan keadaan...
Sesungguhnye ALLAH adalah satu-satunye tempat pergantungan kite, baik diwaktu sihat atau sakit, susah atau senang, siang atau malam... jangan sesekali menjauhi ALLAH kerana kite tiada siapa melainkan ALLAH, jangan terpedaya dengan makhluk, benar mak, ayah, isteri, suami, anak-anak, kawan-kawan, semua ade disisi kite, tapi semua tu tak kekal...semua tu hanye pinjaman ALLAH yg sementara, hanye ALLAH yg MAHA KEKAL..
Yang akan sentiasa bersama kite... yang akan sentiasa mendengar keluhan dan rintihan kite, yang akan sentiasa mempedulikan kite, yang sayang dan kasihkan kite melebihi kasih sayang ibu kite... tiada siapa melainkan ALLAH!!!
Perkara IMAN adalah asas dalam kehidupan kite, bila iman dan yakin kita betul, takde ape yang boleh terkesan di hati kita. Tentera, harta, kerajaan..semuanya takkan bawak kesan pada kita bilamana hati kita hanya ada ALLAH...
Kita kena takut hanye pada ALLAH dan ajak orang takut pada ALLAH..lagi dan lagi kita kena sebar dan tanamkan kebesaran ALLAH sampai ia masuk ke dalam lubuk hati kita..dan berkubu..biar hati kita hanye ada ALLAH..hati kita akan berkata ALLAH...
Bila sakit datang..ALLAH... bila sihat, ALLAH...
Bila lapar datang...ALLAH... bila kenyang, ALLAH...
Bila susah datang...ALLAH... bila senang, ALLAH...
Teringat satu zikir munajat yang kite selalu alunkan waktu di sekolah dulu2... sepatotnye kite amalkan juge dimana mana, especially waktu lepas solat.. mase kecik aku just bace jer zikir munajat tuh, aku tak paham pape pon maksud die...
Dah besar ni baru aku tahu..
"Hasbi ROBBi JallaLLAH, Mafi Qolbi GhairuLLAH..
Nur Muhammad SollaLLAH, Laa Ilaaha IllaLLAH.."
Yakni "Cukuplah ALLAH TUHANku, Tiada Ape Dihatiku Melainkan ALLAH.." "Cahaya Muhammad SollaLLAH, Tiada TUHAN melainkan ALLAH..."
Bila jer aku dah besaQ, dah blajaQ Arabic sikit2, alhamduliLLAH aku dah paham maknanye... sungguh terkesan dihatiku... ketike aku alunkan zikir nih selepas solat di atas sejadah, perlahan-lahan mengalir air mataku... bukan mengalir kerana aku bagus, kerana aku takut akan ALLAH, bukan kerana takut akan neraka dan seksa ALLAH... bukan juga kerana insaf dgn dosa2 ku...
Tapi kerana aku fikir betape tak gunanye makhluk yg diciptakan ALLAH ni(yakni aku)... aku sebut kat bibirku "Tiada Ape Dihatiku Melainkan ALLAH... Tiada Ape Dihatiku Melainkan ALLAH... Dan Tiade Ape Dihatiku Melainkan ALLAH..." Tapi betol ke semue tuh?
Taakkk...memang tak betol, aku tahu macam2 lagi ade benda dihatiku selain ALLAH, dahlah ade benda selain ALLAH, malah ALLAH mungkin juge bukan yg pertama dihatiku... astaghfiruLLAHal 'azim... aku cuba muhasabah diri... letakkan ALLAH di tempat yang selayakNYA... yakni tempat teratas, teragung!!!
Tak dinafikan, dihati kite manusia masih ade emak, ayah, isteri, suami, anak2, harta benda, dan yg paling ditakuti masih ade 'DUNIA'... melebihi ALLAH dan RasulNYA... melebihi ALLAH dan RasulNYA... Haram! Kite perlu mencintai ALLAH dan RasulNYA melebihi segale ape yg dibumi! semua ini hanyelah fitnah dunia, yg menjelma di depan mate kite sebagai ujian kepada hamba2NYA yg beriman dan bertaqwa... (ohh, lemahnye imanku).... :(
Kita kena doa, mintak supaya ALLAH ta'ala hidupkan suasana pada zaman sahabat dulu pada zaman sekarang... Semakin jauh kite dgn zaman Baginda saw, semakin jauh kite dari amalan agama, semakin jauh juge dari ALLAH, semakin jauh dari islam dan kebenaran... Tapi semakin dekat dengan maut, semakin dekat dengan kiamat, semakin dekat dengan hari perhitungan...
Ohh ALLAH.... :(
07 April 2009
Musibah atau Rahmat???
Iqomatuddiinnn!!! Wa Siasatuddunya Bihiii!!!
"Tegakkan Agama!!! Dan Tadbir Dunia Dengan Agama!!!"
Hirosatuddiinnn!!! Wa Siasatuddunya Bihii!!!
"Jaga Agama!!! Dan Tadbir Dunia Dengan Agama!!!"
Sekadar selingan, teringat teriakan Ustaz Badrul Amin dalam satu ceramahnye tak lame dulu... sungguh menusuk kalbu...seperti yg ustaz tuh sebut, adekah kita jaga agama kita? tegakkan agama ALLAH di atas muka bumiNYA? jawapannye tidakkk... ade... tapi tak ramai... even aku sekalipon aku mengaku iman aku masih lemah untuk menyampaikan perkara yg haQ... dan sebagai nota serta peringatan buat diri aku, aku nak ajak aku dan seluruh ummat supaya jaga dan tegakkan agama ALLAH yg suci ini...
Macamane?? Salah satu contohnye, kalo kite tengok kemungkaran depan mate, katakan pada ia seperti para sahabat dulu... "takotlah kamu akan ALLAH!" ada berani?? mungkin kesakitan aku ni kerana aku tak berani menegah kemungkaran, kerana takot dan harap aku masih pada makhluk, bukan ALLAH semata-mata... :( tapi aku ingatkan pada diri aku sendiri, jgn dibenci pada pemaksiat,hanye benci pada maksiat yg dibuat... namun banyak lg method berhubung iqomatuddin ini, method yg paling aku syor kan adalah keluar ke jalan ALLAH, rasai dan alami sendiri keperitan Baginda dan para sahabat radhiaLLAHu 'anhum... ada berani???
Straight to the point... :`(
Semalam entah macamaner aku boleh terjatuh tangga gedebuk gedebuk macam dalam cerita2 di TV yg pernah aku tonton satu mase dulu(zaman lalai)... aduuuhhh sakitnye tak kepalang... almaklomla, aku jatuh tangga di rumah flatku tingkat 4,uhuhu... sampai terseliuh kaki aku jalan terhinjut hinjut, kalo org ganu cakap 'terkecok kecok' ahahah, sungguh TUHAN sedang menguji dan memberi balasan pada aku yg hina dan banyak dose nih...
Masuk jer malam tuh aku dah takleh jalan, lutut bengkak, luka dan lebam2 biru kehijauan... just baringgg jer, makan pon atas katil, nak pergi toilet isteri aku terpaksa papahkan, tak dapatla aku berjemaah di surau 2-3 hari ni... ingatkan hari ni nak pegi klinik, tapi bile aku ingat terpaksa turun dan naik tangga umah flat tingkat 4 ni buat aku mengalah, rela aku tahan sakit macam ni... bayangkan bile je kaki aku jejak lantai terasa tulang tuh mencucuk daging aku, adoiii...
Macamane aku nak bertahan turun dan naik tangga dalam keadaan mcm tuh, ohhh... harap sangat semua ni kifarah dose2 aku... aku pon terpikir, ni baru sakit kaki tapi aku rase mcm dh separuh nyawa, mase baring nak tido tuh pon sakitnye mencucuk cucuk, kene selimut pon sakit... baru sakit kaki aku dah mengeluh, belom lg sakit sakaratulmaut..
ALLAH menguji kite untuk mendengar suara keluhan kite kepada ALLAH, tapi kite mengeluh pada manusia pulak, sungguh malu pada ALLAH... DIA tersangatlah suke apabila kite meminta minta dariNYA, bukan mcm manusia, tak suke, bosan dan menyampah bile org asyik meminta minta... nak sedekah? "ini duit aku, ini harta aku, titik peluh aku, kenape aku mesti beri pada org lain senang2?" tak sedar semua hasil titik peluh kite itu milik ALLAH Yg Satu..
Kerana diri kite sendiri adalah milikNYA...So keluarlah beramai ramai wahai kaum Adam, korbankan masa antum, wang ringgit antum, tenaga antum, mase gembira bersama family antum, marilah kite same-same membela agama ALLAH yg semakin diperkotak katikkan dimata dunia sekarang ini, sama-sama bersusah payah mengajak ummat manusia ke syurga ALLAH yg kekal abadi... matlamat kite satu... REDHA ILAHI...
ALLAH sentiasa rindu ingin mendengar suara kite mengadu dan bercerita padaNYA, tapi kite lebih memilih ibu, kawan2, kekasih dan sebagainye yg takde kuasa untuk bagi manfaat dan mudarat pon pada kite, kenape tak pilih ALLAH? bukankah DIA sebaik baik pendengar? Yang Maha Mendengar? manusia hari ni... means termasuk aku, hanye nampak benda di depan mata... disebabkan kite tak nampak ALLAH, maka kite membelakangkan DIA...
Sungguh kejamnye makhluk ciptaanMU ini Ya ALLAH, membelakangkan diriMU, tidak mempedulikan perasaanMU... moga kesakitan, kesusahan, musibah yg melanda aku ini, ade rahmat yg terselindung di sebaliknye... pada ALLAH jua aku memohon...
"Sungguh ajaib bagi orang mu'min, kerana bila senang dia syukur, lalu diberi pahala, bila susah dia sabar dan redha, lalu diberi pahala, dalam kedua dua keadaan dia mendapat keuntungan." -maksud hadis